Doa Menjelang Maulid Nabi Muhammad SAW 12 Rabiul Awal

- 28 Oktober 2020, 22:31 WIB
Kumpulan Quotes dan Ucapan Peringatan Hari Maulid Nabi Muhammad SAW, Cocok Untuk Caption Medsos Kam
Kumpulan Quotes dan Ucapan Peringatan Hari Maulid Nabi Muhammad SAW, Cocok Untuk Caption Medsos Kam /NU

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekelian alam. Ya Allah selawat dan salamMu atas penghulu kami Muhammad dan atas keluarga serta sahabatnya sekelian.

Mudah-mudahan Allah jadikan saya dan kamu sekelian dari golongan orang yang mendapat syafaatnya; dan mengharapkan daripada Allah belas kasihan dan rahmatNya. Ya Allah dengan kehormatan Nabi yang mulia ini dan keluarga serta sahabatnya yang berjalan atas petunjuk yang kokoh.

Jadikanlah kami sekelian sebaik-baik umatnya. Himpunkanlah kami esok (Hari Mahsyar) didalam kumpulannya. Pergunakanlah lidah-lidah kami dalam memuji dan membelanya. Hidupkanlah kami dalam keadaan berpegang dengan sunnahnya dan ketaatannya, dari segala fitnah dunia.

Ya Allah jadikanlah Rasul yang mulia ini orang yang memberi syafaat kepada kami. Matikanlah kami dalam kecintaan kepadanya dan dalam jemaahnya. Ya Allah masukkanlah kami kedalam syurga bersama-samanya kerana baginda orang yang mula-mula masuk

kedalamnya. Turunkanlah kami dalam mahligainya bersama-samanya kerana bagindalah orang yang mula turun kedalamnya.

Kasihanilah kami dihari dia memberi syafaat kepada makhlok lalu engkau kasihani mereka. Ya Allah berilah kami peluang menziarahinya setiap tahun. Janganlah Engkau jadikan kami dari golongan orang yang lalai dari mengingatiMu dan juga lalai dari mengingatinya walau sekejap kadar terlelap.

Ya Allah janganlah hendaknya ada di majlis kami ini orang yang berdosa melainkan Engkau cuci segala dosanya dengan air taubat; dan Engkau tutupi keaibannya dengan pakaian pengampunan.

Ya Allah pada tahun yang lalu ada ikhwan kami yang tidak dapat menghadirkan diri pada tahun ini kerana dihalang oleh QadhaMu, maka janganlah Engkau haramkan pahala serta ganjaran yang Engkau turunkan pada saat ini.

Ya Allah kasihanilah kami jika kami sudah menjadi ahlilkubur. Berilah kami Taufiq untuk membuat amal salih yang kekal cahayanya sepanjang zaman.

Ya Allah jadikanlah kami orang yang ingat kepada pemberianMu, bersyukur atas nikmatMu, dan ingat kepada Hari Pertemuan Hidupkanlah kami masyghul dengan ketaatan kepadaMu. Kiranya Engkau matikan kami. matikanlah kami tanpa sebarang fitnah atau kekeciwaan. Sudahilah segala perkara kami dengan kebaikan daripadaMu.

Halaman:

Editor: Ninditoo

Sumber: Portal Kudus


Tags

Artikel Pilihan

Terkait

Terkini

Terpopuler

Kabar Daerah

x